Pengurusan Masa
Disediakan oleh: Muhammad Nur
Hakim bin Ibrahim
Apa yang dapat diringkaskan, kemahiran
mengurus masa juga terlibat dalam perancangan jadual belajar. Namun begitu,
anda mestilah mahir dalam penggunaan masa. Setiap pelajar mestilah mempunyai
kemahiran dalam menguruskan masa untuk belajar, beriadah dan sebagainya.
Pelajar seharusnya untuk mengingati sesuatu perkara dalam jangka masa yang
panjang.
Setiap manusia amnya dan umat Islam
khasnya diwajibkan mengurus dan menggunakan masa dengan cara yang paling
sempurna, optimum dan berkesan. Pelajar mestilah mahir dalam menguruskan waktu.
Rahsia kejayaan seorang pelajar yang berpencapaian tinggi adalah mempunyai
pengurusan masa dengan cekap yang membolehkan mereka mengambil bahagian dalam
pelbagai aktiviti dengan jayanya (Khalid Mohamed Noor, 2002).
Pengurusan masa dapat didefinisikan
sebagai kemampuan untuk merancang dan mengawal penggunaan masa kita dalam
sehari dengan cara yang efektif untuk mencapai matlamat kita. Penggunaan masa
yang efektif bermaksud cara kita merancang masa dengan lebih berkesan dan
mendatangkan keuntungan kepada kita. Setiap pelajar mempunyai matlamat hidup
sendiri untuk mencapai kejayaan pada masa hadapan kelak. Namun begitu, terdapat
cara membawa kita mencapai kejayaan yang diimpikan. Pengurusan masa merupakan
salah satu kaedah kejayaan seseorang pelajar.
Cara dan teknik menguruskan masa
belajar mestilah diketahui oleh setiap pelajar. Membuat jadual waktu merupakan
cara yang boleh dilaksanakan bagi menguruskan masa dengan cara yang efisien.
Namun begitu, jadual waktu ini bukanlah jadual waktu mingguan yang tetap
seperti yang disediakan dan boleh dipunyai oleh kebanyakan pelajar hari ini. Ia
merupakan satu senarai aktiviti yang perlu anda lakukan untuk hari itu atau
hari esok. Tetapi perlu diingatkan bahawa terdapat kelemahan dalam mempunyai
jadual waktu mingguan yang tetap sebagai mana yang dipunyai oleh kebanyakan
pelajar hari ini adalah terlalu sukar untuk melaksanakannya disebabkan keadaan
masa yang tidak menentu dan mengabaikan aktiviti penting semasa.
Terdapat beberapa cara dalam menguruskan
masa dengan lebih efisien. Antaranya ialah mengenal pasti kelebihan dan
kelemahan di dalam diri. Seperti yang kita ketahui, manusia dilahirkan dalam
sifat yang berbeza. Terdapat sesetengah pelajar mampu untuk belajar pada lewat
malam kerana tidak mengantuk pada awal malam manakala segelintir pelajar yang
bangun awal pagi untuk pelajar kerana mereka anggap minda pada waktu tersebut
lebih segar. Oleh itu, kenal pasti dulu diri kita sebagai pelajar, di mana
kekuatan dan kelemahan kita.
Seterusnya, kita mestilah menjimatkan
masa dalam mengulang kaji dengan memberikan fokus sepenuhnya. Fokus sentiasa
menjadi kunci untuk mendapatkan hasil yang sempurna dan terbaik. Sekiranya kita
tidak fokus sepenuhnya, lebihan masa akan digunakan untuk memahami atau menghafal
sesuatu perkara. Untuk mengelakkan daripada tidak fokus dalam pembelajaran,
kita hendaklah mengelak daripada perkara yang boleh menghalang tumpuan kita
seperti tidak bermain telefon pintar mahupun berbual dengan seseorang.
Konklusinya, pengurusan masa merupakan
perkara yang perlu diambil berat dalam mencapai kejayaan dengan sempurna. Tanpa
pengurusan masa dengan betul, seseorang pelajar akan menghadapi masalah yang
besar dalam perancangannya melakukan sesuatu aktiviti di samping akan
mengganggu masa pembelajarannya. Oleh itu, kita sebagai pelajar mestilah
mempunyai jadual waktu sendiri supaya masa yang kita ada tidak dibazirkan
dengan melakukan perkara yang sia-sia.
Rujukan
Rujukan
Buku
Ahmad Subki
Miskon, Aliza Adnan, Syed Ismail Syed Mustapa. Kemahiran Belajar. Penerbitan Multimedia
Internet
Tiada nama (2018). Pengurusan Masa. Diakses pada 28 Ogos 2019 daripada https://pengurusanmasasesidisember2017.blogspot.com/2018/02/definisi-pengurusan-masa.html



This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAmat berguna.😊Terima kasih.✌️
ReplyDeletesama-sama :)
DeleteAmat menarik
ReplyDeleteSangat memuaskan dengan ilmu yang anda kongsi
ReplyDelete